Tuesday 28 June 2011

buah zuriat... adam dan hawa...

seseorang telah membantu aku tanpa mengenali diriku....
terima kasih....
walaupun tidak setanding dgn bantuan yang dihulur...
yang pasti... ucapan itu lahir dari hati untuk menyatakan betapa aku amat menghargai pertolongannya itu....

inilah bantuannya....

buah zuriat dr google

dulu aku tidak ketahui khasiatnya....
entah dimana aku meletakkan buah ini....
sekarang...
dgn doa yang kupanjat kepada Nya...
aku bermohon untuk dianugerahkan...
dengan khasiat yang ada pada buah yang dinamakan ...
buah zuriat...atau buah adam dan hawa....

ini caraku memanfaatkan buah ini....

sabutnya...
dikikis menjadi serbuk...lalu diminum bersama susu setiap pagi....

sabut buah yang dikikis menjadi serbuk....


minum bersama susu

buahnya....
direbus setiap malam...dan minum sebelum tidur....

rebus setiap malam



kedua-duanya aku minum bersama kecintaanku...


selawat ke atas kekasihNya 3x
dan baca ....



  • Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

serenity... Effort...

Ikhtiar...
aku x pernah putus berikhtiar...
selain dari pergi berubat...
aku lebih suka mendekatkan diri dengan Allah...
bersujud kepada Nya..... 
memberikan satu perasaan yang amat mendamaikan...
tak terucap dgn kata-kata....



usaha...
ya...aku selalu berusaha....


selalunya aku akan bersolat taubat dan bersolat hajat...
hampir setiap hari selepas magrib....
selalunya aku akan membaca alquran dan x pernah putus mengamalkannya sejak aku di Uni lagi....


selalunya di Uni dulu aku berterawih di masjid Uni ..... memang menjadi kesukaan ku untuk melakukannya...
di Uni dulu aku pernah jua melakukan solat tasbih...kerap ...


pernah...
aku melakukan Qiamulail iaitu melakukan solat tahajjud, solat taubat, solat hajat, dan disudahi dgn solat witir....
setahun lebih aku melakukan sehingga penyakit M ku dtg menjadikan amalan itu aku lakukan berselang seli kemudian terhenti seketika.... 


kini...
aku mengamalkan solat Dhuha....
yang dulu aku rasakan...
aku tidak tahu melakukan...
percubaan pertama membuahkan semangat yang berkobar untuk melakukan sekerap yang mungkin....insyaAllah....


namun...
solat taubat, solat hajat, bacaan alquran tetap aku amalkan....
bukan semata-mata utk anugerah yang ku tunggu...
tapi lebih kepada untuk....
kekuatan diri....
keyakinan...
keselamatan....
keampunan....
ketenangan...
keredhaan....
kebahagiaan...
. . . . . . . . .................................






expectations... hope... love...



suka untuk Larra kongsikan...
pilu setiap kali Larra melihatnya....
apakah....

nauzubillahi min zalik ya Allah....

cysts...

Sista Ovari
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SISTA OVARI?

Sista atau ketumbuhan dalam ovari merupakan pembendungan cecair di dalam ovari. Terdapat beberapa jenis sista ovari. Golongan wanita begitu mengambil berat terhadap sista ini disebabkab kebimbangan mereka kepada kanser ovari. 


Satu perkara yang perlu diingat bahawa kebanyakan sista ovari ini bukanlah ketumbuhan kanser. Walau bagaimanapun, sebahagian dari sista benigna ini memerlukan rawatan jika ia tidak hilang seperti biasanya. Hanya dalam beberapa kes yang kecil, ia bertukar menjadi kanser. 

Yang menggembirakan kita ialah hampir semua sista ovari ini akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Oleh kerana kebanyakan dari sista ovari adalah benigna (bukan kanser), kewujudan sista ovari biasanya tidaklah membimbangkan.

TANDA DAN GEJALA
Lazimnya, sista ovari tidak membahayakan dan tidak menimbulkan gejala. Jika berlaku juga gejala, ia termasuklah:

  • Terasa sesak atau bengkak dalam abdomen
  • Berat badan bertambah.
  • Sakit yang tidak menyucuk dan berlaku berterusan sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah pelvis.
  • Kesakitan semasa melakukan seks
  • Haid tertunda, tidak teratur atau sakit.
  • Semakin banyak timbulnya bulu roma di muka.
  • Terasa sangat sakit yang menyucuk dalam abdomen, demam, dan/atau muntah. Kemungkinan ini disebabkan oleh sista yang berdarah kerana telah pecah atau terpintal/terpusing.

JENIS-JENIS SISTA OVARI



  • Sista fungsi - Jenis ini sangat lazim berlaku. Ia dikaitkan dengan kelainan dari fungsi ovari yang normal. Contohnya, ia terbentuk apabila telur cuba dikeluarkan seperti dalam proses pengovulan biasa. Ianya mungkin berlanjutan sehingga 4 atau 6 minggu. Sista ini jarang merembeskan hormon.

  • Sista folikel dan korpus luteum - sista folikel terbentuk apabila folikel yang menghasilkan telur dalam ovari membesar dan dipenuhi cecair. Sista korpus luteum merupakan jisim tisu berwarna kuning yang terbentuk daripada folikel selepas proses pengovulan. Sista jenis ini timbul dan hilang setiap bulan. Ia dikaitkan dengan fungsi normal ovari.

  • Sista yang abnormal atau sista neoplasma - Ia terjadi kesan dari pertumbuhan sel dan kebanyakannya merupakan ketumbuhan benigna. Dalam beberapa kes tertentu, ianya boleh menjadi kanser. Sista yang abnormal ini memerlukan rawatan perubatan dari doktor. 

 Ini termasuklah:
  • Sista dermoid - yang mengandungi pelbagai jenis tisu seperti bahan-bahan lemak, rambut, gigi, serpihan tulang dan tisu rawan.
  • Ovari polisistik - disebabkan oleh timbunan sista-sista kecil yang berganda menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan hormon. Ini akan menyebabkan berlakunya haid yang tidak teratur, timbulnya bulu-bulu roma di badan dan ketaksuburan atau kemandulan.

PERKARA YANG PERLU DIINGAT:
Oleh kerana sista ovari biasanya tidak menunjukkan gejala, adalah penting bagi wanita yang pernah mengalami sista di masa yang lalu atau mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidap tumor ovari melakukan pemeriksaan pelvis secara berkala. Wanita yang pernah mengalami sista ovari mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatnya lagi di masa hadapan. 


Endometriosis mungkin menjadi lebih serius jika berlakunya sista ovari dan peluang anda untuk menjalani oforektomi (pembuangan ovari) adalah lebih tinggi. Dalam beberapa kes tertentu, jika berlakunya sista ovari yang malignan, rawatan awal biasanya memberi lebih jaminan untuk sembuh. Wanita yang mendapat sista ovari selepas putus haid lebih mudah mengalami malignansi.

Beringat untuk mendapatkan nasihat doktor dengan segera jika anda mengalami sebarang rasa sesak, tekanan atau kurang selesa di bahagian pelvis. Lebih cepat sista itu dikesan dan dirawat maka lebih baiklah peluang anda untuk sembuh.


PENGESANAN
Anda boleh mengesan sista ovari melalui:

  • Pemeriksaan pelvis di mana doktor dapat merasa saiz ovari dan mengesan sebarang keabnormalan yang wujud.
  • Ultrasound - alat ini menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan gambar atau imej organ dalaman dengan meletakkan satu alat di atas abdomen atau memasukkan alat tertentu ke dalam faraj.
  • Laparaskopi - satu pembedahan kecil yang dilakukan untuk membolehkan doktor melihat struktur dalam abdomen anda.
  • Ujian darah bagi mengesan tumor- ujian ini akan dilakukan jika doktor mensyaki adanya malignansi.

RAWATAN

Bergantung kepada:

  • Saiz dan jenis sista.
  • Umur, sama ada anda berada dalam tahun-tahun yang subur atau telah putus haid..
  • ingin mendapatkan anak
  • Tahap kesihatan keseluruhannya.
  • Keterukan gejala yang dialami.

Sesetengah sista akan hilang begitu sahaja dalam masa satu hingga dua bulan tanpa dirawat. Jika ianya tidak sembuh, pembedahan mungkin diperlukan untuk membuang sista tersebut. 

Jika sista itu dapat dikesan lebih awal, ianya hanya mungkin memerlukan pembedahan yang kecil dan sista itu mungkin dibuang tanpa melibatkan ovari. Kadangkalanya ovari perlu dibuang dan pembedahan mungkin melibatkan pengeluaran tiub Fallopian dan juga rahim.

SOALAN UNTUK DITANYA

Adakah anda mengalami sakit abdomen yang amat sangat, demam dan muntah-muntah?
JIKA YA
Berjumpalah doktor.


Adakah anda mengalami gejala-gejala seperti di bawah:
o Terasa sesak atau bengkak dalam abdomen
o Haid tertunda, tidak teratur atau sakit
o Kesakitan semasa melakukan seks
o Kesakitan yang tidak menyucuk dan berlaku berterusan sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah pelvis.


JIKA

YA
Hubungi doktor

JIKA TIDAK
Gunakan rawatan/pengurusan sendiri


PENGURUSAN SENDIRI DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
o Dapatkan pemeriksaan pelvis secara berkala seperti yang disarankan oleh doktor.
o Jika mendapat kesakitan yang ringan ambillah ubat penahan sakit.
o Kurangkan pengambilan kafein.

traumatized...

bila kita digelar isteri...
pengalaman mula menjadi ilmu yang berguna...
detik aku diijab kabul...
perubahan diri menjadi perkara yang aku awasi...
sejak dulu lagi ...
aku amat teliti dgn apa yang aku lakukan...
dan selalu amati apa yang ada disekelilingku...



apabila naluri  berkata sesuatu...
sesuatu itu selalunya betul...

kerana mempercayai naluri...
aku telah berjaya mengesan sesuatu yang tidak patut ada dlm diriku...
mujur usia mahligai aku bersama kecintaanku masih baru sewaktu sesuatu itu menyerang diriku...
akhirnya..
bermulalah episod aku bersama sesuatu itu...

tanpa mengalah...
aku mendapatkan khidmat tradisional...dan berjuang bersama2 pakar...
pakar berjaya meyakinkan aku untuk musnahkan sesuatu itu...
supaya...aku beroleh anugerah Ilahi...
hampir sepurnama aku melawan sesuatu itu...
tiba detik aku memusnahkannya....

kini...dgn tinggalan garisan lintang di perutku....
aku masih lagi dihantui dengan sesuatu itu....


nauzubillahi min zalik...

Pick Me Up...

sunyi....
tidak sama sekali...
aku gembirakan hati ku dengan membaking....
Tiramisu....
hari ini aku pilih tiramisu untuk gembirakan hariku...
sesuai dgn maksudnya.... 
dan...tentu skali rasanya yang mendamaikan...


bagi diriku...
memasak atau membakar kek mahupun biskut... atau apa jua yang berkaitan dgn makanan...
akan menenangkan dan menghilangkan keperitan hari yang ku lalui...


perit...
bukan aku yang menyebabkan hari yg dilalui begitu payah...
tp...perit disebabkan org2 disekeliling ku...


aku...
aku tidak suka terlalu memikirkan perkara yang aku belum lagi miliki...
namun mereka yang punya terlalu byk anugerah Ilahi itu sering menggangguku...
seolah2...
terlalu mengambil berat ttg apa yang aku tidak miliki...
walhal...mereka2 itu sering saja mempersendakan kekurangan yang ada padaku...
dan sering menjadikan hal ini masalah besar untuk ku...
sedangkan aku dan kecintaanku...
tidak mahu membebankan otak utk memikirkannya...
bagiku...
hari perlu diisi dgn perkara yang memberikan ganjaran padaku di Sana kelak...


ya...
mungkin mereka merasakan bahawa mereka punya pewaris untuk mendoakan mereka di Sana..
aku pula...dan kecintaanku...
sentiasa ingin bersama Tuhan....
supaya kami tidak berasa kekurangan...
kekurangan...
bagi mereka yang merasakan kami kekurangan... 
walhal...
aku dan kecintaanku...
berasa amat bersyukur dgn apa yang kami miliki...
syukur kerana Allah masih memilih kami untuk diberikan rezeki... 
syukur kerana ...
kami masih lagi bersama utk menghadapi apa jua yang mendatang...
Allah...
Mohon Bahagiakan kami dunia dan akhirat...
amin...



Monday 27 June 2011

unwell.... again.....

sakit...
sangat sinonim dgn diriku...
sepanjang menyulam kasih bersama dirinya....
aku sering kali berasa kurang sihat....
sehingga kini...untuk sentiasa sihat walaupun cuma seminggu...
amat sukar....
aku akan sihat dengan bantuan ubat...
ubat yang menjadi makanan ruji untuk diriku...
ya... ubat...


 
aku mengalah.....
tidak....
kerana Allah sentiasa ada untuk diriku....
kerana ...
hanya Allah yang Maha Penyembuh....
kerana...
aku mampu menghadapi dugaan Nya...
maka...
aku terpilih untuk menghadapi dugaan ini....
cuma...
aku memohon kepadaMu Ya Allah...
tabahkanlah hatiku... kuatkan keimananku... 
dan
kau sembuhlah segala penyakitku.....
aku berlindung dengan Mu Ya Allah...
Tuhan yang Maha Pelindung..






 

new diary... the journey begins....

aku...
aku x pernah menceritakan kisah hidupku kepada sesiapapun....
bagi aku... hidup adalah privacy...
tapi kali ini aku ingin berkongsi suka duka ku....
perjalanan diriku...sejak bergelar isteri..sehingga kini tetap utuh (insyaAllah) bergelar isteri...

berkongsi tidak bermakna aku ingin menghebahkan segala privacy milikku...
berkongsi...maksudku...aku ingin coretkan pengalamanku yang selama ini masih bergelar isteri...belum lagi bergelar ibu...belum pernah sekalipun aku merasa digelar ibu....


perit...
memang perit....namun jgn ingat aku mudah mengalah...
kekuatanku adalah Allah...tempat aku mengadu laraku...
tempat aku menenangkan perasaanku.....
tempatkan aku berlindung...berlindung dari segala yang datang mencabar aku untuk terus hidup...
hidup tanpa gelaran ibu...


namun...jauh disudut hati...
aku yakin...
Allah akan anugerahkan gelaran itu padaku...
anugerah yang aku tunggu selama ini...
anugerah Ilahi.....