Tuesday 28 June 2011

traumatized...

bila kita digelar isteri...
pengalaman mula menjadi ilmu yang berguna...
detik aku diijab kabul...
perubahan diri menjadi perkara yang aku awasi...
sejak dulu lagi ...
aku amat teliti dgn apa yang aku lakukan...
dan selalu amati apa yang ada disekelilingku...



apabila naluri  berkata sesuatu...
sesuatu itu selalunya betul...

kerana mempercayai naluri...
aku telah berjaya mengesan sesuatu yang tidak patut ada dlm diriku...
mujur usia mahligai aku bersama kecintaanku masih baru sewaktu sesuatu itu menyerang diriku...
akhirnya..
bermulalah episod aku bersama sesuatu itu...

tanpa mengalah...
aku mendapatkan khidmat tradisional...dan berjuang bersama2 pakar...
pakar berjaya meyakinkan aku untuk musnahkan sesuatu itu...
supaya...aku beroleh anugerah Ilahi...
hampir sepurnama aku melawan sesuatu itu...
tiba detik aku memusnahkannya....

kini...dgn tinggalan garisan lintang di perutku....
aku masih lagi dihantui dengan sesuatu itu....


nauzubillahi min zalik...

No comments:

Post a Comment